fb fb fb fb fb

300,000 berhimpun di London solidariti terhadap Palestin

Dianggarkan 300,000 pro-Palestin menghadiri perhimpunan sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin di London/FOTO REUTERS

LONDON, 12 November - Sekurang-kurangnya lebih 300,000 penunjuk perasaan pro-Palestin berarak di tengah-tengah kota London semalam sebagai tanda solidariti kepada Palestin yang diserang tanpa henti oleh Rejim Zionis Israel.

Dalam perhimpunan itu, polis Britain menahan lebih 120 orang penentang protes berkenaan yang cuba mencetuskan huru-hara.

Keadaan itu memaksa polis menutup pintu masuk ke balai utama di bandar itu ketika penunjuk perasaan cuba untuk merempuh masuk.

Sementara itu, kira-kira 21,000 orang turut serta dalam perhimpunan pro-Palestin di Brussels dan di Paris.

Ini termasuk kira-kira 16,000 penggubal undang-undang sayap kiri di negara itu yang berarak dengan sepanduk dan bendera Palestin.

Mereka yang hadir mendesak Israel untuk melakukan gencatan senjata.

Sementara itu memetik jurucakap Polis Metropolitan London kepada CNN, perhimpunan berlangsung di Hyde Park Corner.

Peserta berteriak “Merdeka… Merdeka Palestin” dan “segera hentikan tembakan.”

Kedengaran juga  mereka melaungkan “dari sungai hingga ke laut (segara), Palestin akan merdeka!” - REUTERS

BERITA BERKAITAN:

Selebriti tanah air anjur perhimpunan, zahir solidariti kepada Palestin

Palestin: Rintihan solidariti umat Islam dan masyarakat dunia

1,000 peserta sertai himpunan Aman Solidariti Palestin

Puluhan ribu rakyat London berhimpun tanda solidariti terhadap Palestin

Solidariti Palestin: Ribuan sertai protes di London

GRACE AISYAH KEDAYAN