fb fb fb fb fb

Pesawat tentera Amerika terhempas di timur Laut Mediterranean

Tentera Amerika menempatkan aset ketenterannya di Laut Mediterranean/AFP

WASHINGTON, 12 November- Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas di timur Laut Mediterranean.

US European Command (EUCOM) dalam kenyataan berkata nahas berlaku ketika pesawat tersebut dalam operasi latihan di lokasi kejadian.

Punca kejadian sedang dalam siasatan.

“Pada petang 10 November, sebuah pesawat tentera AS yang menjalankan operasi latihan di timur Mediterranean mengalami kemalangan dan jatuh,” kata EUCOM dalam satu kenyataan.

"Kami secara muktamad mengatakan bahawa pesawat itu dalam latihan dan tidak ada tanda-tanda aktiviti bermusuhan", katanya.

Selain itu, maklumat mangsa terlibat, jenis pesawat dan lokasi mula penerbangan tidak dinyatakan.

Washington memberikan sokongan ketenteraan kepada Israel dan mengukuhkan kedudukan tenteranya di rantau itu, dengan kapal pengangkut pesawat USS Gerald R Ford dan kapal perang lain selepas tercetusnya konflik Palestin-Israel awal bulan lalu.

Amerika Syarikat telah mengerahkan aset ketenteraan ke kawasan itu dengan alasan untuk menghalang pertempuran Israel-Hamas daripada terus menjadi konflik serantau.

Tentera Israel telah melaksanakan serangan tanpa henti ke atas Gaza dan sehingga kini lebih 11,000 orang dilaporkan terkorban.-AFP

ROSLINA BINTI DIN