fb fb fb fb fb

Solidariti Palestin: Ribuan sertai protes di London

(FOTO AFP)

LONDON, 15 Oktober - Ribuan menyertai tunjuk perasaan pro-Palestin di London pada Sabtu bagi menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan menuntut penamatan segera serangan udara Israel ke atas Gaza.

Jalan-jalan di bandar berkenaan dibanjiri lautan penunjuk perasaan yang berselimutkan bendera Palestin, sambil memegang sepanduk bertulis "Free Palestine".

Serangan setakat ini telah mengorbankan ribuan nyawa penduduk di Gaza, termasuk kanak-kanak dan wanita sejak 7 Oktober lepas.

Sementara itu, ratusan rakyat Jordan berkumpul di Amman, membantah sokongan Amerika Syarikat (AS) kepada rejim pengganas Israel.

Mereka berkumpul di sekitar Kedutaan AS, sambil melaungkan protes terhadap negara itu serta serangan rejim zionis tanpa henti di Gaza.

Jumaat lalu, penduduk Jordan telah berdemonstrasi menuju ke sempadan Jordan-Palestin.

rtm

(FOTO AFP)

 

 

Media Baharu