fb fb fb fb fb

Perkampungan di Sikkim musnah akibat banjir kilat

INDIA, 15 Oktober - Tahap kerosakan di perkampungan di Naga-Namgor, Sikkim pada selepas sungai dinaiki air mengakibatkan banyak jalan dan kediaman mengalami kerosakan teruk.

Hujan lebat beberapa hari di Sikkim turut menyebabkan empangan pecah sekali gus memusnahkan perkampungan berhampiran.

Angka kematian meningkat kepada 74 orang, menurut pegawai wilayah.

Ketua Setiausaha Sikkim Vijay Bhushan Pathak memberitahu Reuters pasukan penyelamat menemui 25 mayat di negeri itu dan mayat lapan anggota tentera yang hanyut ditemui di Bengal Barat.

Beliau berkata kira-kira 101 orang masih hilang, 14 anggota tentera antara yang hilang, kata satu kenyataan kementerian pertahanan.

Pathak memberitahu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Krisis Kebangsaan bahawa perhubungan jalan raya telah diwujudkan di kebanyakan kawasan, 28 kem bantuan ditubuhkan dan lebih 6,800 orang diberi perlindungan.

Pada Oktober 1968, dianggarkan 1,000 orang di Sikkim terkorban akibat banjir.- REUTERS

rtm
(FOTO REUTERS)

 

Media Baharu