fb fb fb fb fb

Putera Harry dan Meghan lawat sekolah The Marcy Lab di Brooklyn

NEW YORK, 15 Oktober - Putera Harry dan Meghan Markle pada berkunjung The Marcy Lab School di Brooklyn sebagai sebahagian daripada lawatan mereka ke Big Apple sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Sekolah itu menyediakan pembelajaran selama setahun yang membantu golongan muda kurang bernasib baik untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam industri teknologi.

Pasangan itu juga menganjurkan acara yayasan mereka 'The Archewell Foundation Parents' Summit: Mental Wellness in a Digital Age' pada sebelah petang.

Ini adalah kali pertama Putera Harry dan Meghan Markle melawat New York sejak Mei," menurut jurucakap.

"Saya fikir kita semua boleh berfikir akan kepentingan pendidikan, terutamanya yang berpeluang untuk belajar. Bagaimanapum cara pembelajaran kini mempunyai pelbagai bentuk dan cara berlainan. Meskipun anda tidak mengambil cara yang lebih tradisional, anda masih mempunyai peluang menimba ilmu." kata Meghan. - REUTERS

rtm
(FOTO REUTERS)

Media Baharu