fb fb fb fb fb

Sirul Azhar dibebaskan Mahkamah Tinggi Australia

Bekas polis, Sirul Azhar Umar dibebaskan Mahkamah Tinggi Australia

SYDNEY, 12 November - Mahkamah Tinggi Australia membebaskan bekas polis, Sirul Azhar Umar, 51, yang dijatuhkan hukuman mati atas pembunuhan Altantuya Shariibuu pada 2006.

The Sydney Morning Herald melaporkan, keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa bekas anggota Polis Diraja Malaysia itu tidak boleh ditahan selamanya-lamanya oleh pihak berkuasa imigresen.

Dia yang juga bekas pengawal peribadi perdana menteri Malaysia dibebaskan dari Pusat Tahanan Villawood di Sydney pada Sabtu.

Seramai 92 dibebaskan dan dibenarkan kekal di Australia di bawah syarat khas yang telah ditetapkan.

Tambah laporan itu lagi, anak lelaki Sirul, Shukri Azam yang tinggal di Canberra turut mengesahkan pembebasan bapanya.

"Dia kini ada bersama saya, dan saya sedang menguruskan semua perkara mewakili pihaknya," katanya melalui emel.

Sirul bekas komando, melarikan diri ke Australia pada 2015 selepas dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya.

Altantuya ditembak di kepala di sebuah hutan di Puncak Alam, Selangor dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera.

Sirul kemudian ditahan oleh pihak berkuasa Australia.

Sementara itu, Menteri Imigresen Australia Andrewe Giles dan Menteri Dalam Negeri Clare O'Neil dalam kenyataan bersama memaklumkan, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah lain yang mungkin sesuai untuk memastikan keselamatan komuniti.

Menurut mereka, individu yang dibebaskan atas arahan mahkamah tinggi akan dikenakan syarat visa yang sesuai kepada mereka.

Ini selaras dengan keperluan untuk melindungi keselamatan masyarakat.

GRACE AISYAH KEDAYAN