fb fb fb fb fb

17 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara tentera rejim Israel di Gaza

Kem pelarian di kawasan al-Mawasi, diklasifikasikan sebagai zon selamat menjadi sasaran terbaharu rejim Israel/Foto REUTERS

KAHERAH, 14 Julai – Sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin terbunuh dan 50 cedera dalam serangan rejim zionis Israel ke atas Bandar Gaza pada awal pagi semalam.

Pegawai kecemasan awam dan kesihatan berkata, sekurang-kurangnya empat serangan udara berasingan ke atas empat buah rumah di kawasan yang berbeza.

Penduduk berkata Israel meningkatkan operasi ketenteraan menerusi udara dan darat ke Semenanjung Gaza.

Pada Sabtu, lebih 100 maut dalam serangan terbaharu tentera rejim Israel di Gaza.

Serangan termasuk bedilan ke atas Kem al-Mawasi di selatan Gaza yang meragut sekurang-kurangnya 90 nyawa dan mengakibatkan lebih 300 yang lain cedera.

Kawasan terbabit yang dihuni kira-kira 80,000 pelarian Gaza turut diklasifikasikan sebagai zon selamat oleh tentera Israel.

Rejim Zionis dalam alasan lapuknya mendakwa serangan disasarkan kepada dua anggota kanan Hamas.

Ini termasuklah ketua tentera pejuang Hamas, Komander Mohammed Deif.

Bagaimanapun pejuang Hamas berkata serangan rejim zionis itu hanyalah helah semata-mata yang sengaja menyasarkan rakyat Palestin. - REUTERS

ARTIKEL BERKAITAN:

GRACE AISYAH KEDAYAN