fb fb fb fb fb

Biden minta rakyat Amerika 'bertenang' selepas cubaan bunuh Trump

Joe Biden berucap dari Pejabat Oval/Foto AFP

WASHINGTON, 14 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk 'bertenang' susulan cubaan membunuh pesaing politiknya, Donald Trump.

"Percubaan untuk membunuh Trump memberikan isyarat kepada kita semua supaya bertenang buat seketika," kata Biden dalam ucapannya kurang daripada tujuh minit.

Presiden Biden turut menegaskan bahawa politik tidak boleh menjadi medan pembunuhan dan tidak ada lebih penting daripada untuk berdiri teguh bersama.

Katanya, semua semua orang berdepan dengan ujian apabila pilihan raya semakin hampir.

"Mujur Trump tidak cedera parah. Kita tidak boleh membiarkan keganasan seperti ini diterima masyarakat.

"Retorik politik di negara ini semakin hangat. Sudah tiba masanya untuk mengendurkan ketegangan ini," katanya.

Ini merupakan kali ketiga Presiden Biden menggunakan Pejabat Oval untuk mengulas tentang isu-isu penting kepada seluruh rakyat Amerika sejak beliau mengambil alih kuasa pada 2021. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN