fb fb fb fb fb

Kuwait umum penemuan baharu tapak minyak 'gergasi'

Kuwait Petroleum Corporation (KPC)

KAHERAH, 15 Julai - Kuwait Petroleum Corporation (KPC) mengumumkan penemuan minyak baharu yang disifatkan tapak 'gergasi' di padang Al-Nokhatha, terletak di timur pulau Failaka, Kuwait.

Penemuan rizab minyak itu dianggarkan sebanyak 3.2 bilion tong.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPC Sheikh Nawaf Saud Nasir Al-Sabah berkata, penemuan rizab baharu itu bersamaan dengan pengeluaran minyak negara bagi tempoh tiga tahun.

Menurut kenyataan KPC, anggaran awal bagi kawasan tersebut kira-kira sebesar 96 kilometer persegi.

Ia menambah bahawa anggaran awal rizab hidrokarbon yang ada adalah kira-kira 2.1 bilion tong minyak mentah ringan dan 5.1 trilion kaki padu standard gas, bersamaan dengan 3.2 bilion tong minyak. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN