fb fb fb fb fb

42 terbunuh pertempuran konflik di Congo

Sejak pertengahan 2023, kerajaan telah melarang wartawan daripada menyiasat konflik di rantau itu/Foto AFP

 KIKWIT, CONGO, 15 Julai - Puluhan orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Congo dan kumpulan bersenjata di sebuah kampung di barat Republik Demokratik Congo, menurut sumber tempatan.

Penggubal undang-undang bagi wilayah tempatan, David Bisaka berkata jumlah kematian di kampung Kinsele kini mencecah 42 orang yang terdiri daripada kumpulan bersenjata Mobondo, sembilan askar dan seorang wanita.

Mobondo dianggap sebahagian daripada komuniti Yaka yang menetap di kawasan di sepanjang Sungai Congo, yang mana orang Teke menganggap diri mereka merupakan pemilik kampung yang sah.

"Kami mengumpul mayat-mayat itu," kata Bisaka, sambil menambah bahawa mayat tentera telah dibawa ke bilik mayat di Kinshasa.

Manakala mayat kumpulan bersenjata Mobondo masih lagi bergelimpangan di Kinsele.

Sumber keselamatan di wilayah itu memaklumkan angka kematian keseluruhan adalah 41 orang.

Pertempuran berlaku selepas tercetusnya kebangkitan semula keganasan dalam wilayah itu sejak kebelakangan ini.

Sejak pertengahan 2023, kerajaan telah melarang wartawan daripada menyiasat konflik di rantau itu.

Sebelum ini, beberapa pasukan wartawan telah dihalang oleh perkhidmatan keselamatan Congo daripada memasuki wilayah itu. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN