AMMAN 5 Mei – Kira-kira 1,800 pelancong berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam banjir kilat di tapak warisan dunia Petra, Jordan.
Hujan lebat yang melanda semalam telah menyebabkan aliran deras di beberapa lembah dan kawasan rendah, memaksa pihak berkuasa menjalankan operasi pemindahan besar-besaran demi keselamatan pengunjung.
Menurut pihak berkuasa, keadaan itu mencetuskan ancaman serius kepada keselamatan pelancong yang berada di kawasan berkenaan.
Keadaan itu sekali gus menimbulkan ancaman keselamatan kepada pelancong yang berada di lokasi itu.
Imej yang dikongsikan di media sosial memaparkan air banjir melimpahi laluan utama dan kawasan bersejarah Petra yang menjadi antara tarikan pelancong utama dunia. - AFP