Media Baharu

Media Baharu

Polis Kulim rampas 3,200 karton rokok seludup

(Foto Polis Kulim rampas) KULIM, 21 Mei- Sebanyak 3,200 karton rokok seludup dirampas di Jalan Lunas-Kelang Lama di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata bertindak atas maklumat, pihaknya telah menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki. Hasil pemeriksaan…

Banjir: 14 maut, 36,000 hilang tempat tinggal di Itali

(Petani mengumpul babi ternakan untuk dibawa keluar dari kandang yang ditenggelami airdi bandar Lugo, Itali/AFP) GHIBULLO, 21 Mei- Sekurang-kurangnya 14 orang meninggal dunia dan seramai lebih 36,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat banjir dan tanah runtuh di timur laut Itali…

Lebih 200 anak yatim diraikan dalam majlis Aidilfitri

ALOR SETAR, 21 Mei- Lebih 200 anak yatim diraikan dalam satu majlis Aidilfitri di sini semalam. Usahawan, Datuk Zuraidi Rahim meraikan anak-anak yatim itu sebagai tetamu istimewa pada majlis berkenaan.Kesemua penghuni Rumah Anak-Anak Yatim Kampung Che Bema, Sungai Petani diraikan…

Paraguay kesan kes selesema burung

(Foto AFP) PARAGUAY, 21 Mei- Perkhidmatan Kesihatan dan Kualiti Haiwan Kebangsaan (SENACSA) telah mengesan kes selesema burung di sini. Penyakit terbabit ditemui pada haiwan peliharaan di bandar Mariscal Estigarribia dan Neuland. Menurut SENACSA, kesemua haiwan itu dari kawasan penternakan Mennonite.…

Tiga maut pesawat ringan terhempas di Switzerland

(Foto hiasan) GENEVA, 21 Mei- Sebuah pesawat pelancong terhempas di kawasan hutan dan pergunungan di barat Switzerland pada Sabtu, membunuh tiga orang di dalamnya. Menurut polis wilayah Neuchâtel, pesawat ringan itu terhempas di kawasan curam berhampiran Les Ponts-De-Martel, sekitar pukul 10.20…

Jemaah haji musykil sedia dibantu

MADINAH, 21 Mei- Unit Ibadat dan Ziarah Sektor Madinah kini bersiap sedia membantu para jemaah dalam menjalankan aktiviti termasuk menjawab persoalan membabitkan hukum haji dan umrah. Pengurus Bimbingan Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman memaklumkan, fokus aktiviti jemaah sepanjang enam hari…

Lapangan terbang di Mexico ditutup susulan abu gunung berapi

MEXICO CITY, 21 Mei- Lapangan Terbang Antarabangsa Benito Juarez telah menutup operasinya susulan abu dari gunung berapi Popocatepetl, yang telah aktif selama beberapa hari. Kakitangan lapangan terbang dan syarikat penerbangan dilihat memeriksa dan membersihkan landasan serta laluan teksi. Lapangan terbang…