Hizbullah akan bertindak balas jika Israel terus serang Lubnan

Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem / foto REUTERS

BEIRUT, 22 Jun – Pemimpin Hizbullah, Naim Qassem, menegaskan bahawa Israel tidak akan kekal di Lubnan dan pihaknya akan bertindak balas terhadap sebarang pelanggaran gencatan senjata yang dipersetujui.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hizbullah komited kepada sebarang gencatan senjata yang membawa kepada penamatan menyeluruh konflik.
  • Kumpulan itu tidak akan menerima pelanggaran; mereka akan mempertahankan diri dan bertindak balas jika perjanjian dicabuli.
  • Israel dilaporkan memberi kebenaran kepada tenteranya untuk terus menyerang Lubnan walaupun terdapat perjanjian gencatan senjata.

Menerusi kenyataan yang disiarkan oleh Stesen televisyen Al-Manar pada Ahad, Qassem berkata kumpulan itu komited terhadap sebarang gencatan senjata yang membawa kepada penamatan menyeluruh konflik, namun tidak akan berdiam diri sekiranya berlaku pelanggaran.

“Israel tidak akan kekal di Lubnan, walaupun ia meningkatkan jenayahnya. Kami akan mempertahankan diri. Sebarang gencatan senjata di bawah perjanjian pemberhentian menyeluruh serangan, kami komited terhadapnya.

“Tetapi kami tidak akan menerima sebarang pelanggaran. Jika berlaku pelanggaran, kami akan berhadapan dengannya, kami akan melawan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Hizbollah akan bertindak mengikut keperluan sekiranya terdapat sebarang tindakan yang dianggap mencabuli perjanjian tersebut.

Kenyataan itu dibuat ketika pihak berkuasa Israel dilaporkan memberi kebenaran kepada tenteranya untuk terus menyerang Lubnan, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada Jumaat lalu. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.