Media Baharu

Media Baharu

Imran Khan berdepan tuduhan berkait keganasan

ISLAMABAD, 22 Ogos– Bekas perdana menteri Pakistan, Imran Khan berdepan tuduhan berkait keganasan selepas membuat ancaman kepada polis dan majistret. Menurut sumber, ia susulan kenyataan-kenyataan yang di buat beliau kebelakangan ini ketika berucap di beberapa tempat untuk menuntut pilihanraya parlimen diadakan segera.…

20% DUN telah laksana Jualan Murah Keluarga Malaysia

(Foto fail) PUTRAJAYA, 22 Ogos- 120 daripada lebih 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara telah melaksanakan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) hingga minggu lepas, kata Anggota Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Datuk Seri Mustapa Mohamed. “Pasukan Khas Jihad…

Pasaran getah ditutup tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pasaran getah Malaysia melantun semula daripada penurunan minggu lepas untuk ditutup tinggi hari ini apabila permintaan terhadap komoditi itu bertambah baik di tengah-tengah kelemahan nilai ringgit berbanding dolar AS. Seorang peniaga berkata aliran meningkat itu selari dengan pasaran serantau apabila langkah terbaharu China…

Nidzam tagih sokongan peminat

PETALING JAYA, 22 Ogos – Ketua jurulatih sementara Selangor FC, Nidzam Jamil berharap para peminat terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukannya yang kini sedang bergelut dengan prestasi yang tidak menentu dalam saingan Liga Super. Selepas ketiadaan bekas pengendali,…

20 maut, trak rempuh orang ramai

MARDIN, 22 Ogos– Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan 26 cedera dalam nahas jalan raya di tenggara Turkiye. Kemalangan berlaku di daerah Derik di Mardin selepas sebuah trak merempuh orang ramai yang sedang membantu mangsa yang terlibat dalam satu lagi nahas…

MOTOGP Austria: Bagnaia catat kemenangan ketiga berturut-turut

AUSTRIA, 22 Ogos– Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mencatat kemenangan ketiga berturut-turut di Grand Prix (GP) Austria dalam saingan penuh dramatik di Spielberg, semalam. Pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo pula menamatkan saingan di podium kedua buat Yamaha selepas bangkit pada saat-saat akhir.…

Nilai eksport perkayuan disasar cecah RM30 bilion tahun ini

(Datuk Zuraida menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara CTCS Worldwide Sdn Bhd) KUALA LUMPUR, 22 Ogos- Nilai eksport industri perkayuan disasar cecah RM30 bilion menjelang hujung tahun ini dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara CTCS Worldwide Sdn. Bhd (CWSB) dengan…

Zii Jia tiada masalah ke pusingan kedua

TOKYO, 22 Ogos– Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia turut memulakan kempen di Kejuaraan Dunia dengan langkah kanan. Pemain ranking kelima dunia itu layak ke pusingan kedua selepas menang mudah ke atas pemain Perancis, Brice Leverdez 21-9 dan 21-13 dalam…