Media Baharu

Media Baharu

30,000 orang asli Gua Musang nikmati kemudahan jalur lebar

KELANTAN, 28 September– Kira-kira 30,000 masyarakat orang asli pedalaman di Gua Musang, Kelantan akan menerima manfaat kemudahan komunikasi bagi perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff berkata, kemudahan yang disediakan itu merupakan inisiatif…

Individu ditahan selepas melakukan kekecohan

JOHOR BAHRU, 28 September– Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan polis semalam, selepas melakukan kekecohan sehingga menyebabkan kecederaan dua lelaki, di sebuah premis hiburan di kawasan Taman Molek, di sini. Tangkapan dibuat selepas video berdurasi satu minit 37 saat,…

Messi jaring dua gol lagi bantu Argentina tewaskan Jamaica

(Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti semasa separuh masa kedua menentang Jamaica/REUTERS) HARRISON, 28 September- Lionel Messi menjaringkan dua gol ketika Argentina semakin menghampiri rekod dunia tanpa kalah milik Itali dengan kemenangan selesa 3-0 menewaskan Jamaica dalam perlawanan persahabatan…

Ar-Rahnu KPDRM sasar buka 10 cawangan menjelang 2025

SELANGOR, 28 September– Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) menyasarkan untuk membuka 10 cawangan pajak gadai berkonsepkan Islam iaitu Ar-Rahnu sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2025. Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua KPDRM, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada…

UNESCO bincang ancaman terhadap warisan budaya

(Kota Teotihuacan Pra-Hispanik/Google) BANDARAYA MEXICO, 28 September- Akses tidak sama rata kepada teknologi baharu, pemerdagangan haram dan ancaman lain terhadap warisan budaya adalah antara isu yang disenarai dalam agenda mesyuarat menteri kebudayaan antarabangsa di Mexico. Wakil sekitar 190 negara anggota…

Majikan wajib tunggu ketibaan pekerja asing di KLIA

PUTRAJAYA, 28 September– Majikan adalah diwajibkan menunggu ketibaan pekerja-pekerja asing baharu mereka di KLIA. Mereka bertanggung jawab menguruskan dokumentasi pekerja-pekerja berkenaan dan membuat pengesahan bahawa mereka adalah majikan kepada pekerja-pekerja tersebut. Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk…

Taufan Noru melanda Vietnam

(Seorang nelayan mengikat bot miliknya untuk melindungi daripada taufan Noru di Danang pada 27 September 2022/AFP) DANANG, 28 September- Taufan Noru membadai pantai tengah Vietnam awal pagi tadi, membawa angin kencang dan hujan lebat ketika ratusan ribu orang berpindah ke…