Tunku Mahkota Ismail ucap tahniah kepada Datuk Ab Ghani, kepimpinan baharu FAM

Tunku Mahkota Ismail (tengah) berkenan bergambar bersama Datuk Ab Ghani Hassan (kanan) dan Tan Sri Hamidin Mohd Amin (kiri) / Foto FB HRH Crown Prince of Johor

KUALA LUMPUR, 17 September – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mengucapkan tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan serta barisan kepimpinan baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diberi kepercayaan menerajui badan induk bola sepak negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 mencerminkan mandat untuk membawa hala tuju baru dalam arena bola sepak Malaysia.
  • Datuk Ab Ghani akan meneruskan baki penggal 2025-2029 sebagai Presiden FAM selepas memenangi 20 undi berbanding lima.
  • Datuk Seri Rosmadi Ismail dilantik sebagai Naib Presiden 1 manakala Datuk N. Saaran mengisi jawatan Naib Presiden 3.
  • Kepimpinan baharu bertanggungjawab memperkukuh keyakinan pemegang taruh dan penyokong terhadap hala tuju bola sepak negara.

Baginda bertitah, keputusan Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 mencerminkan mandat yang diberikan kepada kepimpinan baharu untuk membawa hala tuju baharu dalam arena bola sepak Malaysia.

“Tahniah kepada Datuk Ab Ghani Hassan dan barisan kepimpinan baharu FAM yang telah menerima kepercayaan yang jelas daripada delegasi bagi,” titah Baginda menerusi hantaran di Facebook HRH Crown Prince of Johor.

Datuk Ab Ghani akan meneruskan baki penggal pentadbiran 2025-2029 sebagai Presiden FAM, selepas memperoleh majoriti 20 undi untuk menewaskan Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam pertandingan satu lawan satu.

Dalam barisan kepimpinan baharu itu, Datuk Seri Rosmadi Ismail dipilih sebagai Naib Presiden 1, manakala Datuk N. Saaran mengisi jawatan Naib Presiden 3.

Kepimpinan baharu FAM kini menggalas tanggungjawab meneruskan pentadbiran badan induk itu serta memperkukuh keyakinan pemegang taruh dan penyokong terhadap hala tuju bola sepak negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.