Tunku Mahkota Ismail hasilkan 5 jaringan

Foto Royal Johor Polo Club

JOHOR BAHRU, 1 September – Pasukan Diraja Johor membuka langkah kanan dalam Kejohanan Johor Super Crown Polo di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, selepas menewaskan Temasek, 11-7, pada petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tunku Mahkota Ismail menghasilkan 5 jaringan dalam dua chukka.
  • Baginda mencipta jaringan itu walaupun mengalami kecederaan pada tangan kanan ketika latihan.
  • Pablo Polito Pieres menyumbang empat jaringan.
  • Juan Bautista Panzillo menjaringkan dua gol.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mencuri tumpuan apabila menghasilkan 5 jaringan ketika beraksi dalam 2 chukka.

Baginda menghasilkan jaringan berkenaan meskipun mengalami kecederaan pada tangan kanan ketika menjalani latihan.

Pablo Polito Pieres turut menyumbang 4 jaringan, manakala Juan Bautista Panzillo menghasilkan 2 jaringan untuk Pasukan Diraja Johor.

Dalam satu lagi perlawanan pada hari pertama kejohanan, JCorp menewaskan Digital Bridge, 8-7.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.