Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir

KUALA LUMPUR, 30 Mei– Beregu lelaki negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025 selepas mencatat kemenangan ke atas rakan senegara, Man Wei Chong – Tee Kai Wun dalam aksi suku akhir.

Regu ranking ketiga dunia itu hanya memerlukan 33 minit untuk menamatkan perlawanan dalam straight set, 22-20, 21-17.

Dengan kemenangan ini, Aaron – Wooi Yik bakal berdepan ujian getir di separuh akhir menentang beregu utama India, Satwiksairaj Rankireddy – Chirag Shetty, yang sebelum itu menewaskan satu lagi pasangan Malaysia, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Mohd Rumsani,
21-17, 21-15.

Dalam acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao gagal melangkah lebih jauh apabila tewas kepada pemain nombor dua dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn, dengan straight set 13-21, 11-21.

Sementara itu, bagi acara beregu wanita, Pearly Tan – M. Thinaah sekali lagi gagal menewaskan pasangan China, Zhang Shu Xian – Jia Yi Fan, yang memenangi perlawanan tiga set dengan keputusan 21-14, 24-22, 21-14.

Kekalahan ini mengulangi nasib malang yang menimpa Pearly – Thinaah di separuh akhir Malaysia Masters minggu lalu kepada pasangan yang sama.