Tahniah dan syabas wira-wira negara!

Skuad negara menjulang kejuaraan regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – Foto FB Mohd Sumali Reduan

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan menyifatkan kejayaan skuad negara menjulang kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 sebagai satu detik bersejarah buat Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kontroversi perlawanan akhir tidak menafikan Malaysia kini bergelar juara dunia.
  • Trofi khas dicipta untuk acara regu berpasukan Piala Dunia sejak edisi 2024, menjadikan kejohanan lebih rasmi.
  • Sebelum ini Malaysia tewas kepada Thailand di perlawanan akhir, namun kali ini berjaya menjuarai kejohanan.
  • Bertekad menanam semangat kesukanan dan mengekalkan profesionalisme demi memartabatkan sepak takraw di pentas antarabangsa.

Tegasnya, kontroversi yang berlaku pada perlawanan akhir acara beregu berpasukan tidak dapat menafikan bahawa Malaysia kini sudah bergelar juara dunia.

Menurutnya, Malaysia dan beliau sendiri mencipta trofi khas bagi acara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw pada edisi 2024, sekali gus menjadikan kejohanan itu mempunyai trofi rasmi tersendiri.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali bersama trofi Piala Dunia Sepak Takraw – Foto FB Mohd Sumali Reduan

“Kali pertama kita gagal menjulang trofi ini selepas tewas kepada Thailand di perlawanan akhir.

“Apapun ceritanya malam tadi, Malaysia berjaya menjulang trofi ini dan bergelar juara dunia. Ini juga akan jadi sejarah.

“Tahniah dan syabas kepada wira-wira negara,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook.

Beliau turut menegaskan Malaysia akan terus menanam semangat kesukanan tinggi serta mengekalkan sikap profesional dalam apa jua keadaan demi memartabatkan sukan sepak takraw di pentas antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.