Skuad sepak takraw Malaysia hormati keputusan pengadil

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Corak permainan yang ditonjolkan skuad sepak Takraw negara membuktikan pemain berhak menjulang trofi Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 bagi acara regu berpasukan meskipun kemenangan tersebut dianggap kontroversi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua jurulatih Ahmad Jais menegaskan keputusan pengadil perlu dihormati dan diterima semua pasukan sebagai muktamad semasa perlawanan.
  • Malaysia dinobat juara regu berpasukan selepas Thailand menarik diri; pengadil memutuskan kemenangan itu berikutan faul oleh pemain Thailand.
  • Skuad negara menewaskan Thailand 2-1 dan menamatkan acara kuadran dengan 2-0 ke atas India, disaksikan lebih 3,000 penyokong di Stadium Titiwangsa.

Ketua Jurulatih Sepak Takraw Malaysia, Ahmad Jais Baharun berkata, keputusan pengadil di dalam gelanggang perlu dihormati dan diterima semua pasukan serta pemain, kerana ia merupakan keputusan muktamad semasa perlawanan berlangsung.

“Saya akan sentiasa mengingatkan para pemain supaya perkara seperti ini tidak berlaku dalam mana-mana kejohanan, khususnya pada saat-saat genting, kerana ia boleh memberi tekanan kepada pemain untuk mencipta kejayaan dalam sesuatu perlawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas aksi akhir Malaysia menentang Thailand yang berkesudahan skuad negara menang acara regu berkumpulan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa, di sini malam tadi.

Mengulas berkenaan kemenangan yang diperoleh susulan pasukan Thailand tarik diri, beliau akur dengan keputusan pengadil meskipun masih ingin meneruskan permainan hingga ke mata akhir disamping kemenangan yang diputuskan pengadil tersebut juga berikutan faul yang dilakukan pemain Thailand sendiri.

Protes yang dibuat pasukan Thailand untuk tidak meneruskan perlawanan walaupun masa telah diberikan mengesahkan Malaysia dinobat juara bagi acara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026.

Skuad sepak takraw Malaysia berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 dengan kemenangan 2-1 ke atas Thailand selepas berjaya menjuarai acara kuadran menentang India dengan kemenangan straight set 2-0.

Lebih 3,000 penyokong yang membanjiri Stadium Titiwangsa menjadi saksi semangat juang tinggi dipamerkan anak buah Ahmad Jais Baharun dalam usaha memburu kejuaraan bermakna di laman sendiri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.