
BUENOS AIRES, 16 Julai– Puluhan ribu penyokong Argentina membanjiri jalan raya di Buenos Aires bagi meraikan kejayaan skuad La Albiceleste mara ke final Piala Dunia FIFA 2026.
- Tumpuan penyokong ke Monumen Obelisk selepas Argentina bangkit menewaskan England 2-1 pada separuh akhir.
- Suasana sekitar ibu negara yang sebelum itu lengang bertukar meriah selepas perlawanan.
- Penyokong mengibarkan bendera, menyanyikan lagu sokongan dan membunyikan hon kenderaan bagi meraikan kemenangan.
- Kejayaan menghidupkan peluang juara bertahan memburu kejuaraan dunia kali keempat; Argentina dijadual berdepan Sepanyol pada perlawanan akhir.
Tumpuan penyokong terarah ke Monumen Obelisk, lokasi tradisi sambutan kejayaan sukan negara itu, sejurus Argentina bangkit menewaskan England 2-1 pada aksi separuh akhir.
Suasana di sekitar ibu negara yang sebelum itu lengang ketika perlawanan berlangsung bertukar meriah.
Penyokong mengibarkan bendera, menyanyikan lagu sokongan dan membunyikan hon kenderaan sebagai tanda meraikan kemenangan.
Kejayaan tersebut menyaksikan juara bertahan itu menghidupkan peluang memburu kejuaraan dunia buat kali keempat.
Argentina dijadual berdepan Sepanyol dalam perlawanan akhir pada awal pagi Isnin waktu Malaysia. -REUTERS