Bunga Raya mara ke final Union Cup pada penampilan sulung

Foto CTRU

NONTHABURI, 16 Julai– Skuad ragbi 15 sebelah negara, Bunga Raya melakar sejarah apabila mara ke final Union Cup 2026 pada penampilan sulung dalam kejohanan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lolos ke final selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan.
  • Ketua jurulatih puji komitmen tinggi pemain meskipun persiapan singkat.
  • Skuad seratus peratus pemain tempatan tunjuk kebolehan, akan berdepan juara bertahan Filipina di final.

Pasukan tersebut mengesahkan tempat ke final selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut pada saingan peringkat kumpulan.

Malaysia memulakan kempen dengan menewaskan tuan rumah, Thailand 30-27 sebelum menundukkan Taiwan 42-29 di Stadium Armed Forces Development Command.

Ketua jurulatih, K. Dinesvaran menyifatkan, kejayaan itu hasil komitmen tinggi pemain meskipun pasukan hanya mempunyai tempoh persiapan yang singkat.

“Saya perlu memberikan kredit kepada semua pemain. Walaupun kami membuat persiapan pada saat-saat akhir, mereka cepat menyesuaikan diri.

Semua pemain memahami misi pasukan dan bekerjasama ke arah matlamat yang sama,” katanya.

Kejayaan itu turut membuktikan kemampuan skuad negara yang dibarisi sepenuhnya pemain tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Malaysia akan berdepan juara bertahan, Filipina pada aksi final di Stadium Wilayah Nonthaburi, Sabtu ini dengan peluang mencipta satu lagi sejarah menjulang kejuaraan Union Cup.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.