Rachel tewaskan Aifa, mara ke pusingan kedua terbuka Silicon Valley

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Pemain skuasy wanita negara Rachel Arnold melangkah ke pusingan kedua kejohanan Terbuka Silicon Valley di Redwood City, Amerika Syarikat selepas menewaskan rakan senegara Aifa Azman pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rachel Arnold mara ke pusingan kedua Terbuka Silicon Valley selepas menewaskan rakan senegara Aifa Azman.
  • Kemenangan dicapai dalam 39 minit dengan keputusan 11-6, 9-11, 12-10, 15-13.
  • Rachel bakal berdepan cabaran lebih sukar lawan Georgina Kennedy, pemain nombor 10 dunia, di pusingan kedua.

Pada pusingan pusingan pertama berlangsung di SquashZone, pemain ranking ke-20 dunia itu tidak berdepan masalah untuk mengecewakan Aifa dengan keputusan 11-6, 9-11, 12-10, 15-13 dalam tempoh 39 minit.

Ujian sebenar bagaimanapun menanti Rachel pada pusingan kedua apabila bertemu dengan pemain ranking ke-10 dunia dari England, Georgina Kennedy yang sebelum ini pernah menewaskannya dalam pertemuan sulung pada Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Mesir tahun lepas. – BERNAMA