Program sukan dan rekreasi pilihan alternatif bersama keluarga

Foto RTM

RAUB, 10 Ogos – Program sukan dan rekreasi semakin menjadi pilihan orang ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga, khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sukan dan rekreasi menjadi pilihan keluarga untuk aktiviti sihat dengan kos minimum dalam situasi ekonomi tidak menentu.
  • Program aktiviti lasak anjuran kerajaan seperti pendakian Gunung Irau mendapat sambutan menggalakkan.
  • Acara besar meriah: 10,000 orang hadir dan 5,000 peserta berjalan 2.7 kilometer sekitar bandar Raub.

Pilihan tersebut memberi peluang kepada rakyat melakukan aktiviti sihat dengan kos minimum.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal berkata, program aktiviti lasak yang dianjurkan kerajaan sering mendapat sambutan menggalakkan.

Antaranya, aktiviti pendakian Gunung Irau di Cameron Highlands sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang juga mendapat sambutan yang menggalakkan.

“saya telah membentangkan dalam mesyuarat EXCO bahawa dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, rakyat semakin berhati-hati untuk melancong ke luar negeri Pahang.

“mereka lebih cenderung memilih aktiviti sukan dan rekreasi ini untuk bersama dengan keluarga. Kalau kita tengok program hari ini, jika kita lihat program ini contohnya, sambutan sangat menggalakkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 Peringkat Negeri Pahang di Dataran Raub di sini.

Seramai 10,000 orang awam hadir memeriahkan program manakala 5,000 peserta menyertai program ‘Walk A Town With Me Pahang 1st Maju Terus Pahang’ dengan berjalan kaki sejauh 2.7 kilometer mengelilingi bandar Raub.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.