PRN Melaka: PH sedia temui pimpinan BN

Datuk Seri Amirudin Shari / Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 10 Ogos – Pakatan Harapan (PH) sedia mengadakan pertemuan secara tidak rasmi dengan beberapa pimpinan Barisan Nasional (BN) Melaka dalam masa terdekat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amirudin Shari akan bertemu beberapa pimpinan secara tidak rasmi untuk mendapatkan gambaran hala tuju dan perkembangan politik.
  • Barisan Nasional belum membuat sebarang keputusan setakat ini, menurut beliau.
  • PH akan melaporkan perbincangan kepada kepimpinan dan mengambil kira tanggungjawab sebagai Pengarah Pilihan Raya.
  • Pandangan Ketua Menteri Melaka serta Ketua Pemuda UMNO akan diambil kira sebelum menentukan langkah seterusnya.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara tersebut bagi menilai hala tuju serta kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Pada masa sama, langkah itu bertujuan mendapatkan maklum balas selain memastikan sebarang penjajaran politik yang dibuat selari dengan peranannya sebagai Pengarah Pilihan Raya PH.

“Barisan Nasional (BN) belum membuat sebarang keputusan setakat ini. Namun, saya akan bertemu dengan beberapa pimpinan dalam masa terdekat secara tidak rasmi bagi mendapatkan gambaran mengenai hala tuju dan perkembangan seterusnya. Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan dan saya akan membawa serta melaporkan perkara ini kepada kepimpinan PH, selaras dengan tanggungjawab saya sebagai Pengarah Pilihan Raya PH.

“Setakat ini, belum ada sebarang pertemuan rasmi. Bagaimanapun, saya akan mengadakan beberapa perbincangan secara tidak rasmi dalam tempoh satu atau dua hari ini bagi mendengar respons dan mendapatkan maklum balas daripada pihak berkaitan.

Kita juga akan mengambil kira pandangan Ketua Menteri Melaka serta Ketua Pemuda UMNO sebelum menentukan langkah seterusnya,” katanya selepas sesi penyerahan tawaran geran Pembangunan Negeri Selangor (SELidik 2026) di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini.

Menurutnya , PH tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdepan dengan pelbagai dinamik politik semasa demi memastikan perkhidmatan terbaik dapat terus disampaikan kepada rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.