Tenis Terbuka Masters Montreal: Shelton ke suku akhir

Bintang tenis Amerika Syarikat (AS), Ben Shelton / AFP

MONTREAL, 10 Ogos – Juara bertahan, Ben Shelton meneruskan kemaraan ke suku akhir Terbuka Masters Montreal selepas menewaskan Joao Fonseca straight set 6-3, 7-6, (7/3) pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemain pilihan kelima berdepan tentangan sengit daripada pemain Brazil berusia 19 tahun.
  • Shelton bermula goyah selepas ketinggalan pada set pertama.
  • Beliau tunjukkan ketahanan mental, bangkit dari 0-3 pada set kedua dan menamatkan perlawanan melalui tie-break.

Pemain pilihan kelima dari Amerika Syarikat itu berdepan tentangan sengit daripada Fonseca, pemain muda Brazil berusia 19 tahun.

Pada perlawanan tersebut Shelton bermula goyah selepas ketinggalan kepada bintang Brazil itu pada set pertama.

Shelton kemudian membalas dengan dua ‘break’ untuk mendahului 4-3 dan seterusnya memenagi set pertama dengan mata 6-3.

Pada set kedua, beliau sekali lagi mempamerkan ketahanan mental apabila bangkit daripada ketinggalan 0-3 sebelum memastikan kemenangan menerusi ‘tie-break’.

Shelton dijadual bertemu pemain Republik Czech, Jakub Mensik di suku akhir selepas pemain pilihan ke-13 itu menewaskan wakil Belanda, Botic van de Zandschulp 6-4, 7-5. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.