
OHIO, 10 Ogos – Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner menarik diri daripada Terbuka Cincinnati akibat kecederaan lutut kanan.
- Penganjur mengesahkan Sinner menarik diri daripada Terbuka Cincinnati.
- Kecederaan menjejaskan persiapan beliau menjelang Terbuka AS hujung bulan ini.
- Sebelum ini beliau turut menarik diri daripada Terbuka Kanada, kejohanan pemanas badan.
- Penarikan beliau melemahkan saingan Cincinnati selepas juara bertahan Alcaraz juga menarik diri.
Kecederaan tersebut menjejaskan persiapan menjelang Terbuka Amerika Syarikat (AS) hujung bulan ini.
Perkara itu disahkan penganjur kejohanan semalam, dengan pemain Itali berusia 24 tahun itu sebelum ini turut menarik diri daripada Terbuka Kanada, yang merupakan satu lagi kejohanan pemanas badan utama menjelang Grand Slam terakhir musim ini.
Sinner, yang menjuarai gelaran Grand Slam kelima kariernya di Wimbledon, bulan lalu, dilihat berdepan masalah kecergasan menjelang aksi di New York.
Beliau muncul juara Terbuka Cincinnati pada 2024 dan turut mara ke perlawanan akhir tahun lalu sebelum tewas kepada juara tujuh kali Grand Slam, Carlos Alcaraz.
Penarikan diri Sinner menyaksikan saingan di Cincinnati semakin hambar selepas juara bertahan terbuka berkenaan, Carlos Alcaraz akibat kecederaan pergelangan tangan.
Terbuka Cincinnati dijadual bermula 13 Ogos, manakala aksi utama Terbuka AS akan membuka tirai pada 30 Ogos ini. – REUTERS