Piala Dunia: Kedutaan AS di Mexico gesa rakyat waspada menjelang perlawanan England

Foto BERNAMA

MEXICO CITY, 5 Julai – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Mexico City menggesa rakyatnya supaya mengambil langkah berjaga-jaga menjelang perlawanan pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA antara Mexico dan England pada lewat Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jangkaan orang ramai membanjiri ibu negara dan lokasi tayangan skrin besar, berisiko kecederaan dan kematian akibat kesesakan.
  • Kedutaan memberi amaran kemungkinan demonstrasi; ambil langkah berjaga-jaga tambahan dan sentiasa peka terhadap persekitaran.
  • Di bawah undang-undang Mexico, warga asing dilarang sertai demonstrasi politik; pelanggaran boleh menyebabkan tahanan atau pengusiran.

Perlawanan itu dijadual bermula pada 6 petang waktu tempatan (0000 GMT Isnin).

Orang ramai dijangka membanjiri ibu negara serta lokasi tayangan skrin besar di seluruh negara. Kedutaan AS memberi amaran bahawa lokasi tayangan skrin besar sebelum ini menyaksikan insiden kecederaan dan kematian akibat kesesakan orang ramai.

Kedutaan itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya demonstrasi.

“Ambil langkah berjaga-jaga tambahan dan sentiasa peka terhadap persekitaran,” menurut kedutaan itu kepada rakyat AS di Mexico dalam satu kenyataan.

Di bawah undang-undang Mexico, warga asing tidak dibenarkan menyertai demonstrasi politik. Pelanggaran terhadap peraturan itu boleh menyebabkan seseorang ditahan atau diusir. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.