Penganjuran Piala Dunia di Mexico selamat – Infantino

Presiden FIFA, Gianni Infantino memberi jaminan keselamatan semasa penganjuran Piala Dunia di Mexico- Foto AFP

BARRANQUILLA, 25 Februari– Presiden FIFA, Gianni Infantino yakin dengan penganjuran perlawanan Piala Dunia di Mexico walaupun tercetus keganasan susulan kematian ketua kartel dadah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Infantino yakin keselamatan penganjuran Piala Dunia di Mexico tetap terjamin walaupun keganasan berlaku.
  • Infantino menyifatkan suasana akan menjadi luar biasa dan memberi keyakinan kepada peminat.
  • Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum memberi jaminan tiada risiko kepada penyokong dan keadaan beransur baik.
  • Guadalajara, Mexico City dan Monterrey terus kekal sebagai tuan rumah untuk perlawanan kumpulan dan play off.

“Sangat yakin, semuanya baik. Ia akan menjadi luar biasa,” kata Infantino kepada AFP di bandar Barranquilla, Colombia, dua hari selepas anggota kartel mengamuk termasuk di bandar tuan rumah Guadalajara susulan tindakan tentera membunuh ketua mereka Nemesio “El Mencho” Oseguera.

Infantino bercakap ketika menghadiri satu majlis anjuran Persekutuan Bolasepak Colombia.

Sebelum itu, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum memberi jaminan tiada risiko kepada peminat Piala Dunia dan berkata keadaan kini beransur baik.

Guadalajara yang juga ibu negeri Jalisco akan menjadi tuan rumah empat perlawanan peringkat kumpulan.

Mexico City dan bandar Monterrey di timur laut negara itu turut akan menjadi tuan rumah perlawanan dan kedua-duanya tidak terjejas oleh kekacauan terbaharu.

Selain empat perlawanan termasuk satu aksi yang dinanti-nantikan antara Uruguay dan Sepanyol, Guadalajara dan Monterrey juga akan menjadi tuan rumah kejohanan play-off bagi menentukan dua pasukan terakhir layak ke Piala Dunia hujung bulan depan. – AFP