
KUALA LUMPUR, 4 September- Beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan rentak cemerlang di Masters China apabila berjaya meloloskan diri ke separuh akhir selepas menumpaskan gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Hsu Yin Hui hari ini.
- Mencatat kemenangan straight set 24-22, 21-5 dalam 35 minit di Arena Shenzhen.
- Gandingan itu kini berada pada ranking nombor 85 dunia.
- Menanti esok ialah pemenang pertembungan Zhu Yi Jun-Li Qian lawan Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin.
- Kali pertama Pang Ron-Pei Jing mara ke separuh akhir kejohanan bertaraf Super 750.
Pada aksi yang berlangsung di Arena Shenzhen, gandingan no 85 dunia itu tidak berdepan masalah menundukkan lawannya dengan kemenangan straight set 24-22, 21-5 dalam tempoh 35 minit.
Menanti Pang Ron-Pei Jing esok adalah pemenang satu lagi aksi suku akhir melibatkan wakil China, Zhu Yi Jun-Li Qian yang akan turun menentang seorang lagi gandingan Taiwan, Wu Guan Xun-Lee Chia Hsin.
Untuk rekod ini merupakan kali pertama Pang Ron-Pei Jing berjaya mara ke separuh akhir untuk kejohanan bertaraf Super 750. -BERNAMA