NJ Racing pertaruh dua pelumba muda harungi SIC OhVale Junior Championship 2026

Muhammad Safiuddin (kiri) dan Mohamad Fayyadh Anaqi bersama Penaja pasukan, Mohd Nidzam Jamil

SEMENYIH, 3 Mei – Pasukan NJ Racing memperkenalkan barisan mereka bagi menghadapi saingan SIC OhVale Junior Championship 2026 dengan mempertaruhkan dua pelumba muda berbakat, Mohamad Fayyadh Anaqi, 10, dan Muhammad Safiuddin, 11, dalam kategori 110cc.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penaja menyeru perhatian lebih kepada sukan permotoran, melihat potensi cerah kedua-dua pelumba dan peluang melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.
  • Pasukan bekerjasama rapat dengan keluarga serta penaja lain untuk membangunkan pelumba dan menjadikan mereka ikon sukan di kalangan remaja.
  • Pengurus yakin gabungan bakat muda dan sokongan padu mampu memberi saingan; Fayyadh perlukan pengalaman, Safiuddin dipertaruhkan harapan tinggi.

Penaja pasukan, Mohd Nidzam Jamil berkata sukan permotoran perlu diberi perhatian lebih meluas kerana mampu membuka peluang besar kepada pelumba tempatan untuk menembusi pentas antarabangsa.

“Saya melihat kedua-dua pelumba muda ini, Afi dan Fayyadh, mempunyai potensi yang sangat cerah.

“Kami mengambil keputusan untuk membantu mereka dengan bekerjasama rapat bersama keluarga serta penaja lain bagi memastikan mereka dapat berkembang dengan lebih baik.

“Bukan sahaja sebagai atlet, malah sebagai ikon sukan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, khususnya di kawasan Hulu Langat,” katanya.

Penaja pasukan, Mohd Nidzam Jamil

Sementara itu, pengurus pasukan, Shahren Amierul Shahrozad berkata gabungan bakat muda serta sokongan padu pasukan dan penaja diyakini mampu memberi saingan sengit sepanjang musim ini.

“Saya melihat Fayyadh mempunyai potensi untuk berada dalam kelompok hadapan, namun dari segi pengalaman, dia masih perlu dipertingkatkan.

“Dalam masa sama, saya meletakkan harapan tinggi kepada Safiuddin kerana tahun ini merupakan tahun ketiganya dalam saingan SIC OhVale,” katanya.

Pengurus pasukan, Shahren Amierul Shahrozad