Napoli intai Zirkzee, Jackson

Nicolas Jackson (kiri) dan Joshua Zirkzee (kanan)

NAPLES, 19 Ogos — Napoli mengintai penyerang Manchester United, Joshua Zirkzee dan Chelsea, Nicolas Jackson sebagai calon baharu di jentera serangan selepas kehilangan Romelu Lukaku.

RINGKASAN BERITA AI
  • Gabriel Jesus disenaraikan sebagai pilihan untuk memperkuatkan barisan serangan Napoli, menurut pakar perpindahan Gianluca Di Marzio.
  • Napoli perlu melepaskan seorang penyerang dahulu sebelum meneruskan usaha mendapatkan pemain baharu.
  • Noa Lang berkemungkinan meninggalkan Napoli, dengan Atalanta menaruh minat mendapatkan pemain itu secara pinjaman.

Menurut pakar perpindahan, Gianluca Di Marzio, kelab Serie A itu turut menyenaraikan penyerang Arsenal, Gabriel Jesus sebagai antara pilihan untuk memperkuatkan barisan serangan.

Napoli sudah menghubungi Manchester United dan Chelsea bagi mendapatkan maklumat mengenai status Zirkzee dan Jackson, yang masing-masing dikaitkan dengan perpindahan.

Bagaimanapun, Napoli perlu melepaskan seorang lagi penyerang terlebih dahulu sebelum meneruskan usaha mendapatkan pemain baharu.

Noa Lang antara pemain yang berkemungkinan meninggalkan kelab itu selepas Atalanta sekali lagi bertanya mengenai kemungkinan mendapatkan pemain Belanda berkenaan secara pinjaman.

Sekiranya Lang meninggalkan Napoli, Zirkzee atau Jackson dijangka menjadi sasaran utama kelab itu.

Napoli sebelum ini turut merekrut beberapa pemain dari Liga Perdana Inggeris, termasuk Axel Disasi yang dilaporkan tiba di Itali hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.