Malaysia tewas tipis 2-3 kepada Jepun, naib juara kumpulan B Piala Thomas 2026

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menampilkan aksi bertenaga apabila menewaskan pemain Jepun, Koki Watanabe 21-13, 21-19 dalam aksi Kumpulan B Piala Thomas 2026 di Forum Horsens, Denmark/Foto BERNAMA

HORSENS, 29 April – Skuad badminton lelaki negara terpaksa berpuas hati selaku naib juara Kumpulan B Piala Thomas 2026 selepas tewas 2-3 kepada Jepun dalam aksi terakhir kumpulan di Forum Horsens, Denmark.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia tewas 2-3 kepada Jepun, menamatkan Kumpulan B sebagai naib juara namun layak ke peringkat suku akhir.
  • Aaron Chia dan Tee Kai Wun menang tiga set untuk menyamakan kedudukan perlawanan kumpulan.
  • Beregu kedua Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin tewas tipis, memastikan kemenangan Jepun.

Malaysia bermula langkah kiri apabila pemain perseorangan utama, Leong Jun Hao tewas kepada Kodai Naraoka 11-21, 15-21.

Bagaimanapun, pasangan beregu negara Aaron Chia dan Tee Kai Wun berjaya menyamakan kedudukan selepas menewaskan gandingan Jepun 16-21, 21-14, 21-19.

Harapan Malaysia untuk mengutip kemenangan keseluruhan kembali terjejas apabila Justin Hoh tumpas kepada Yushi Tanaka 15-21, 12-21.

Beregu kedua negara, Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Mohd Rumsani kemudian tewas tipis 21-14, 19-21, 19-21 kepada pasangan Jepun, sekali gus memastikan kemenangan milik lawan.

Perlawanan terakhir menyaksikan Lee Zii Jia menewaskan Koki Watanabe 21-13, 21-18 untuk menyumbang mata kedua negara.

Jepun muncul juara kumpulan dengan kemenangan 3-2, manakala Malaysia menamatkan saingan di tempat kedua dan tetap melangkah ke peringkat suku akhir.