Liverpool kecewakan Pochettino, belasah MU 4-0

Foto FB Liverpool FC

LIVERPOOL, 23 November – Mauricio Pochettino memulakan tugas sebagai pengurus Manchester United dengan kekalahan besar apabila pasukannya dibelasah Liverpool 0-4 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield.

RINGKASAN BERITA AI
  • Leny Yoro dilayangkan kad merah pada minit kelapan, sebelum Liverpool menjaringkan dua gol dalam 13 minit pertama.
  • Dominik Szoboszlai dan Florian Wirtz menjaringkan gol, diikuti Rio Ngumoha serta Victor Munoz untuk melengkapkan kemenangan 4-0.
  • United kekal di tangga kedua tercorot, manakala Liverpool melonjak ke kelompok empat teratas dan merapatkan jurang dengan Arsenal kepada tujuh mata.
  • United sudah dibolosi 34 gol dalam semua kejohanan musim ini, rekod pertahanan terburuk dalam kalangan pasukan lima liga utama Eropah.

Liverpool memanfaatkan kelebihan bermain menentang 10 pemain selepas pertahanan United, Leny Yoro dilayangkan kad merah pada minit kelapan, dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh 13 minit pertama.

Dominik Szoboszlai membuka jaringan menerusi sepakan percuma sebelum Florian Wirtz menggandakan kelebihan tuan rumah.

Pemain muda The Reds, Rio Ngumoha kemudian menambah gol ketiga menerusi penyudah menarik, sebelum Victor Munoz melengkapkan kemenangan besar itu.

Kekalahan berkenaan menyaksikan The Red Devils kekal di tangga kedua tercorot liga, sekali gus memberi gambaran mengenai tugas berat yang menanti Pochettino untuk mengembalikan pasukan itu ke tahap terbaik.

Sebaliknya, kemenangan itu membolehkan Liverpool melonjak ke kelompok empat teratas dan merapatkan jurang kepada tujuh mata dengan pendahulu liga, Arsenal.

Pochettino dilantik menggantikan Michael Carrick yang dipecat minggu lalu selepas hanya mencatat satu kemenangan daripada 10 perlawanan liga pertama bersama United.

Pengendali dari Argentina itu sudah lama dikaitkan dengan jawatan di Old Trafford, namun gagal memulakan era baharunya dengan keputusan positif.

United pernah mengalami kekalahan besar 0-7 di Anfield tiga tahun lalu, namun perubahan kepada formasi lima pertahanan kali ini membantu mereka mengelakkan kekalahan dengan jaringan lebih besar.

United tidak pernah tersingkir daripada liga utama England sejak 1974, namun kini berdepan tekanan untuk memperbaiki kedudukan meskipun memiliki antara pendapatan terbesar dalam dunia bola sepak.

Lebih membimbangkan, United sudah dibolosi 34 gol dalam semua kejohanan musim ini, rekod pertahanan terburuk dalam kalangan pasukan yang beraksi di lima liga utama Eropah. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.