
LABUAN, 3 Mei – Seramai 104 peserta kayak telah memulakan acara cabaran berkayak mengelilingi pulau sejauh 51.2 kilometer.
- Pelepasan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail di pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
- Melibatkan penyertaan dalam dan luar negara termasuk France, Filipina, Jepun dan Brunei Darussalam.
- Acara termasuk Labuan Cross Channel Swimming Challenge dan Deep Sea Fishing dengan hadiah wang tunai RM45,000; majlis penutupan dijangka petang ini di Plaza Berpayung.
Pelepasan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail di pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Ia melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara seperti France, Filipina, Jepun dan Brunei Darussalam.
Acara seterusnya diikuti pelepasan peserta bagi Labuan Cross Channel Swimming Challenge yang melibatkan 103 peserta juga membabitkan penyertaan
antarabangsa dari France, Jepun, Australia, United Kingdom dan Brunei.
Acara utama selanjutnya adalah Labuan International Deep Sea Fishing Competition yang menyaksikan pemenang pemancing laut dalam bakal menerima
hadiah wang tunai RM45,000.
Majlis penutupan sempena Cabaran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2026 dijangka akan berlangsung di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut
Antarabangsa Labuan petang ini.