
KUALA LUMPUR, 9 April – KYT Malaysia terus komited memperkasa pembangunan sukan permotoran negara dengan menyokong pelumba tempatan menjelang pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) hujung minggu ini.
- Menyokong pelumba tempatan seperti Kasma Daniel, Azroy Hakeem, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin sebagai sandaran cabaran negara.
- Aktif dalam pembangunan bakat menerusi Cub Prix Malaysia, Kejuaraan MiniMoto, SIC Ohvale Junior dan RCB MotoKidZ Championship.
- Penglibatan antarabangsa di MotoGP dan Kejuaraan Superbike kukuhkan reputasi; KYT komited pastikan pelumba kekal kompetitif.
Antara pelumba yang menerima sokongan termasuk Kasma Daniel Kasmayudin, Azroy Hakeem Anuar, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin yang dijangka menjadi sandaran cabaran negara di pentas serantau.
Selain itu, KYT Malaysia turut memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat menerusi penglibatan dalam beberapa kejuaraan utama seperti Perlumbaan Cub Prix Malaysia, Kejuaraan MiniMoto, SIC Ohvale Junior Championship serta RCB MotoKidZ Championship.
Di peringkat antarabangsa, jenama itu terus mengukuhkan reputasi menerusi penglibatan dalam Kejuaraan MotoGP Dunia dan Kejuaraan Superbike Dunia.
Pengarah Kumpulan MKA, Doc Dol berkata, sokongan berterusan itu bertujuan memastikan pelumba negara kekal kompetitif selain memperkukuh pembangunan sukan permotoran secara menyeluruh.
“Kami komited menyokong pelumba di semua peringkat, daripada pembangunan hingga ke pentas tertinggi,” katanya.
Beliau turut mengharapkan pelumba yang menggunakan helmet KYT mampu mempamerkan aksi terbaik dalam saingan ARRC kali ini.
“Kami percaya mereka mampu memberikan cabaran sengit dan mengharumkan nama negara,” katanya.
