
NEW YORK, 21 September — Amerika Syarikat (AS) dan China mengadakan perbincangan mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara di New York, pada Ahad.
RINGKASAN BERITA AI
- Perbincangan diketuai Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Timbalan Perdana Menteri China He Lifeng.
- Perbincangan sebagai persediaan menjelang pertemuan Presiden AS Donald Trump dengan Presiden China Xi Jinping di Washington.
- Bessent kata perbincangan bertujuan membantu mencapai hasil yang memberi manfaat kepada rakyat AS.
- Bessent menggelar pertemuan Trump dan Xi sebagai 'sidang kemuncak bersejarah'.
Perbincangan itu diketuai Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dan Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng menjelang pertemuan Presiden AS, Donald Trump dengan Presiden China, Xi Jinping di Washington.
Bessent berkata perbincangan itu merupakan persediaan awal bagi Trump untuk membincangkan kepentingan ekonomi AS dengan Xi.
Menurut Bessent menerusi hantaran di platform X, perbincangan itu diadakan bagi membantu mencapai hasil yang memberi manfaat kepada rakyat AS.
Bessent turut menyifatkan pertemuan Trump dan Xi sebagai “sidang kemuncak bersejarah”. – REUTERS