
JAKARTA, 21 September — Angka kematian dalam kejadian kapal KM Virgo Transport 8 yang karam di Laut Jawa meningkat kepada 10 orang selepas tiga lagi mayat ditemukan pada Jumaat.
- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam bangkai kapal terbalik.
- 108 diselamatkan, 125 masih hilang daripada 243 penumpang dan kru.
- KM Virgo Transport 8 dalam perjalanan Surabaya ke Banjarmasin, alami masalah ketika laut bergelora pada 13 September.
- Kapten lapor kapal mula senget bila ombak sekitar tiga meter; kehilangan hubungan sebelum kapal ditemui terbalik di perairan Masalembo.
Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa di dalam bangkai kapal yang terbalik itu pada Ahad.
Seramai 108 orang berjaya diselamatkan, manakala 125 lagi masih hilang daripada 243 penumpang dan kru yang disenaraikan dalam manifes kapal.
KM Virgo Transport 8 dalam perjalanan dari Surabaya, Jawa Timur ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan sebelum mengalami masalah ketika laut bergelora pada 13 September lalu.
Kapten kapal melaporkan kapal mula senget ketika ombak mencapai kira-kira tiga meter.
Pihak berkuasa kemudian kehilangan hubungan dengan kapal itu pada jam 2 pagi sebelum menerima maklumat dua jam kemudian bahawa kapal berkenaan terbalik di perairan Masalembo, Laut Jawa.
Operasi mencari dan menyelamat sebelum ini berdepan cabaran akibat angin kencang, ombak tinggi dan arus deras.
Penyelam kini memasuki bangkai kapal yang terbalik bagi mencari mangsa yang masih hilang. – VIORY