Kuching City benam PDRM 4-1

Pemain Kuching City FC Petrus Shitembi diasak dua pemain PDRM FC ketika perlawanan Liga Super di Stadium Negeri./foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 13 April – Kuching City FC mencatat kemenangan bergaya 4-1 menewaskan PDRM FC dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Negeri Sarawak, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kuching City bermula agresif dengan gol seawal minit pertama oleh Wanja Roland Ngah.
  • PDRM menyamakan kedudukan pada minit ke-42 melalui Muhammad Amirul Waie Yaakob.
  • Babak kedua dikuasai tuan rumah; Muhammad Ramadan Saifullah meledak dua gol pada minit 47 dan 61.
  • Jerome Mpacko Etame menambah gol pada minit ke-67 dan Kuching City melonjak ke tangga kedua dengan 43 mata.

Menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri, tuan rumah bermula agresif dengan gol seawal minit pertama menerusi Wanja Roland Ngah, sebelum PDRM menyamakan kedudukan pada minit ke-42 hasil jaringan Muhammad Amirul Waie Yaakob untuk menutup babak pertama 1-1.

Tuan rumah kembali mendominasi sejurus babak kedua bermula apabila Muhammad Ramadan Saifullah meledak dua gol pada minit ke-47 dan ke-61, diikuti jaringan Jerome Mpacko Etame pada minit ke-67 bagi mengesahkan kemenangan selesa.

Kemenangan itu melonjakkan Kuching City ke tangga kedua liga dengan 43 mata, berkongsi mata dengan Selangor FC di tempat ketiga, namun dipisahkan oleh perbezaan jaringan. –
BERNAMA