Kekal tenang di gelanggang punca rahsia kejayaan Alcaraz

Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz/AFP

INDIAN WELLS, 4 Mac – Pemain tenis nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, menegaskan kawalan emosi menjadi kunci kepada permulaan cemerlangnya tahun ini ketika mengejar gelaran ketiga tahun ini di Indian Wells.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawalan emosi adalah kunci kepada prestasi konsisten dan kemenangan berterusan di atas gelanggang.
  • Ketenangan membantu Alcaraz mencari penyelesaian dan mengatasi cabaran ketika perlawanan sukar.
  • Kebolehan mengawal diri membolehkannya bangkit semula selepas permainan yang lemah atau kecewa.
  • Kematangan emosi menyumbang kepada tahap tenis yang lebih baik dan kejayaan berterusan dalam kejohanan.

Bintang tenis Sepanyol berusia 22 tahun itu mencipta sejarah di Melbourne bulan lalu dengan menjuarai Terbuka Australia , sekali gus menjadi pemain termuda menamatkan Grand Slam.

Alcaraz kemudian merangkul kejuaraan Terbuka Qatar dan tiba di California dengan rekod 12 kemenangan berturut-turut sejak awal tahun.

Mengejar gelaran ketiga di Indian Wells selepas kemenangan pada 2023 dan 2024, Alcaraz berkata beliau tidak terlalu memikirkan rekod 41 kemenangan berturut-turut Novak Djokovic pada 2011.

“Sudah tentu saya tahu 41. Novak memegang rekod itu. Anda tidak sedar betapa sukarnya sehingga anda sendiri mengejar rekod tersebut,” kata Alcaraz kepada wartawan pada Selasa.

“Apabila anda sudah memenangi 12 perlawanan berturut-turut, rasanya seperti memenangi empat atau lima lagi kejohanan terbesar dunia. Anda baru sedar… betapa ia hebat ”

Alcaraz, yang sudah mengumpul tujuh gelaran Grand Slam, menyatakan kejayaannya kini berpunca daripada belajar mengawal emosi di atas gelanggang.

“Saya fikir di atas gelanggang saya kini lebih baik mengawal emosi. Itu kunci kepada tahap tenis yang saya mainkan kebelakangan ini… saya mengawal diri, dan dalam keadaan tenang saya dapat mencari penyelesaian dan menempuh cabaran.

“Apabila saya marah atau bermain tidak baik, saya dapat kembali ke jalan yang betul kerana saya kekal tenang,” katanya. -AFP