
KANGAR, 25 Julai – Kejohanan Woodball Piala Dunia Ke-10 dan Terbuka Malaysia Antarabangsa Ke-26 berlangsung secara rasminya hari ini hingga 30 Julai di Laman Woodball, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini.
- Tema kejohanan: "One World, One Woodball".
- Pasukan Thailand membariskan 15 atlet lelaki dan wanita.
- Raja Muda Perlis menitahkan FAMA Negeri Perlis sebagai jabatan pengiring pasukan Thailand.
- FAMA berharap hubungan sukan akan memperkukuh persahabatan Malaysia dan Thailand.
Bertemakan “One World, One Woodball”, pasukan Thailand membariskan 15 atlet lelaki dan wanita bagi menghadapi kejohanan tersebut.
Bersempena kejohanan tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis sebagai jabatan pengiring kepada pasukan woodball Thailand.
Baginda yang merupakan Penaung Persatuan Woodball Negeri Perlis mahu aspek kebajikan serta kelancaran urusan kontinjen Thailand sepanjang berada di negeri berkenaan diberi perhatian,” demikian menurut Pengarah FAMA Perlis, Mohd Anzara Azizan ketika menyambut ketibaan pasukan woodball Thailand di sini.
“FAMA Negeri berharap hubungan baik yang terjalin melalui sukan akan terus memperkukuh persahabatan antara Malaysia dan Thailand,” katanya.