
KUALA LUMPUR, 7 Jun – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu lelaki negara Nur Izzuddin Ramsani dan Goh Sze Fei atas kejayaan merangkul gelaran juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia.
- Membawa kebanggaan besar kepada negara melalui kejayaan di pentas antarabangsa.
- Sokongan rakyat sentiasa di belakang mereka selepas pencapaian cemerlang itu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Fahmi berkata kejayaan itu menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk menjulang gelaran juara beregu lelaki Terbuka Indonesia.
“Terima kasih atas semangat juang luar biasa yang menamatkan penantian 18 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Indonesia, dan membanggakan negara.
“Rakyat Malaysia sentiasa di belakang anda berdua,” katanya.