
KUALA LUMPUR, 13 Sept – Skuad hoki remaja lelaki negara terpaksa berpuas hati menamatkan saingan Piala Asia Remaja 2026 di tempat keempat selepas tewas 2-4 kepada Pakistan dalam aksi penentuan pingat gangsa di Moqi, China, hari ini.
- Malaysia bermula garang, Adam Ashraf Johari membuka jaringan pada minit ke-11.
- Pakistan membalas menerusi Rana Abdul Sami pada minit ke-34 dan sekali lagi pada minit ke-47 untuk menyamakan kedudukan.
- Gol penalti Muhammad Shaheer (minit ke-52) dan Waleed Rana (minit ke-56) memastikan Pakistan raih pingat gangsa.
Malaysia yang memburu penamat podium bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi gol padang Adam Ashraf Johari pada minit ke-11.
Shafiq Ammar Fahmi Suzaini kemudiannya menggandakan kedudukan dua minit menerusi pukulan sudut penalti pada minit untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.
Bagaimanapun, Pakistan bangkit merapatkan jurang menerusi gol padang Rana Abdul Sami pada minit ke-34 sebelum pemain itu berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-47 untuk kedudukan 2-2.
Kebangkitan Pakistan kemudian diteruskan menerusi gol pukulan sudut penalti Muhammad Shaheer pada minit ke-52 untuk meletakkan pasukannya di hadapan.
Waleed Rana kemudian melengkapkan kemenangan Pakistan menerusi jaringan pukulan penalti pada minit ke-56 sekali gus mengesahkan kemenangan 4-2 dan pingat gangsa buat pasukan itu.
Perlawanan final antara India menentang Korea Selatan akan berlangsung malam ini. – BERNAMA