FAM terus gilap permata bola sepak di peringkat sekolah

Foto FB Football Association of Malaysia

PUTRAJAYA, 4 Julai – Usaha memperkukuh pembangunan bola sepak negara di peringkat akar umbi terus diperkasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • FAM menganjurkan AFC Grassroots Football Day 2026 di SMK Presint 11(2) bagi memberi pendedahan asas bola sepak kepada pelajar.
  • Seramai 80 pelajar menyertai program yang dikendalikan jurulatih bertauliah untuk pendedahan teratur dan berkesan.
  • Program ini menjadi platform FAM mencungkil serta menggilap bakat baharu bagi melahirkan pemain berkualiti masa depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menganjurkan AFC Grassroots Football Day 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11(2), hari ini.

Seramai 80 pelajar dari sekolah berkenaan mengambil bahagian dalam program yang bertujuan memperkenalkan asas permainan bola sepak selain memupuk minat terhadap sukan itu sejak di bangku sekolah.

Program tersebut turut dikendalikan dengan bantuan jurulatih bertauliah bagi memastikan pendedahan yang diberikan lebih tersusun dan berkesan kepada para peserta.

Penganjuran AFC Grassroots Football Day 2026 ini mencerminkan komitmen berterusan FAM dalam mencungkil serta menggilap bakat baharu bola sepak negara bermula dari peringkat sekolah.

Sekali gus menjadi asas penting dalam melahirkan pemain berkualiti untuk masa depan.

Majlis perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Wilayah, Dalizwa Deena Sallehin, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) Jabatan Pendidikan Wilayah, Noor Aimah Nulhasan serta Pengetua SMK Presint 11(2), Ai’iri Abu Bakar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.