Chistian Eriksen rebah dalam aksi persahabatan menentang Ukraine

Eriksen rebah buat kali kedua ketika beraksi mewakili Denmark. Foto/AFP

PARIS, 8 JUN – Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen rebah semasa perlawanan persahabatan menentang Ukraine pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Insiden mengingatkan kejadian lima tahun lalu apabila Eriksen pengsan dalam perlawanan kumpulan Euro 2020 menentang Finland.
  • Dia sebelum ini disahkan mengalami serangan jantung dan berehat selama enam bulan.
  • Eriksen rebah pada minit ke-64 ketika Denmark mendahului 2-1; dibawa ke hospital di Odense.
  • Pegawai perubatan berkata dia sedar, berada dalam keadaan baik dan akan jalani pemeriksaan lanjut di hospital.

Situasi berkenaan berlaku sama seperti lima tahun lepas apabila pemain berusia 34 tahun itu pengsan dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Finland di Euro 2020.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu kemudiannya disahkan mengalami serangan jantung yang memaksanya berehat selama enam bulan.

Dalam perlawanan menentang Ukraine, Eriksen rebah pada minit ke-64 perlawanan ketika pasukannya mendahului 2-1.

Kakitangan perubatan bergegas ke padang untuk memberi bantuan sebelum dibawa ke hospital di Odense.

Aksi persahabatan tersebut kemudiannya dibatalkan pengadil perlawanan.

Menurut pegawai perubatan Denmark, Morten Boesen, Eriksen berada dalam keadaan baik dan sedar.

“Dia tidak sedarkan diri seketika, tetapi sedar dengan cepat dan kami segera berhubung dengannya.

“Dia kini akan menjalani pemeriksaan lanjut di hospital untuk menentukan punca dia pengsan,” kata Boesen. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.