
LONDON,31 Julai – Pemain pertahanan England, John Stones menyertai Inter Milan dengan kontrak selama dua tahun selepas meninggalkan Manchester City pada penghujung musim lalu, umum juara Serie A pada Khamis.
- Inter Milan memaklumkan Stones menandatangani kontrak sehingga Jun 2028.
- Tiada butiran kewangan berhubung perpindahan dilaporkan.
- Stones menghabiskan 10 tahun di Manchester City dan membantu memenangi pelbagai kejuaraan domestik dan Eropah.
Inter Milan memaklumkan Stones telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2028.
Namun tiada sebarang butiran berkaitan kewangan dilaporkan.
“Selepas mencipta sejarah bersama Manchester City, kini John Stones kini bersedia untuk membuka lembaran baharu bersama Inter Milan”, kata kelab berkenaan dalam kenyataan.
Stones 32, menghabiskan masa selama 10 tahun di Manchester City dan berjaya membantu kelab berkenaan merangkul enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga kejuaraan Piala FA, Piala Liga Inggeris, Liga Juara Eropah (UCL) dan Piala Kelab Dunia. – REUTERS