Artan dipilih kendali perlawanan Piala Super UEFA di Austria

Artan dipilih kendalikan perlawanan Piala Super UEFA. Foto/AFP

PARIS, 11 JUN – Pengadil Somalia, Omar Artan yang dinafikan peluang menjadi pengadil perlawanan pada Piala Dunia 2026 dipilih mengendalikan aksi Piala Super UEFA antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Aston Villa di Salzburg, Austria Ogos depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan dibuat selepas perbincangan dengan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).
  • Ceferin memuji Artan sebagai pengadil muda yang cemerlang dan berpengalaman.
  • UEFA mahu menunjukkan rasa hormat kepada Artan dan mengiktiraf kemahiran kepimpinannya.
  • Sebelum ini beliau dihalang memasuki AS selepas dituduh terlibat dengan kumpulan pengganas; dia dinobat pengadil terbaik Piala Negara-Negara Afrika 2025.

Presiden UEFA, Aleksander Ceferin memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF).

“Artan adalah pengadil muda yang cemerlang tetapi sudah berpengalaman. Beliau telah membuktikan dirinya di peringkat pertandingan tertinggi Konfederasi Bola Sepak Afrika.

“Bola sepak dicipta untuk menghubungkan orang ramai, dan UEFA mahu menunjukkan rasa hormatnya kepada Artan dan kemahiran memimpinnya yang cemerlang,” katanya.

Sebelum ini, pengadil terbaik Piala Negara-Negara Afrika 2025 tersebut dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat pada Sabtu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Pengadil berkenaan dihalang memasuki negara berkenaan selepas dituduh terlibat dengan kumpulan pengganas. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.