ACC 26/27: JDT, Kuching City diundi dalam kumpulan berbeza

Foto Facebook: Malaysian Football League
KUALA LUMPUR, 5 Jun- Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC mengesahkan laluan masing-masing dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2026/2027 selepas undian rasmi yang berlangsung di Jakarta, Indonesia hari ini meletakkan kedua-dua wakil negara itu dalam kumpulan berbeza.

RINGKASAN BERITA AI
  • JDT diundi ke Kumpulan B dalam ASEAN Club Championship.
  • Kuching City FC diundi ke Kumpulan A dalam saingan kejohanan kelab peringkat ASEAN.
  • MFL menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan agar mengharumkan nama Malaysia.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan JDT diundi ke Kumpulan B, manakala Kuching City FC berada dalam Kumpulan A bagi saingan kejohanan kelab peringkat ASEAN itu.

MFL turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan dalam kempen kali ini.

“Selamat maju jaya kepada Skuad Harimau Selatan dan Skuad The Cats dalam kempen ACC 26/27.

“Semoga kedua-dua pasukan mengharumkan nama Malaysia dan mengaum lebih garang di pentas ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.