
KUALA KURAU, 24 November – Sebanyak 73 unit bubu naga dianggarkan bernilai RM7,300 dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam dua operasi berasingan di perairan Pulau Sangga Kecil, semalam.
- Operasi pertama menemukan 40 bubu naga kira-kira 6.2 batu nautika barat daya Pulau Sangga Kecil pada pukul 4.05 petang.
- Operasi kedua menemukan 33 bubu naga kira-kira tujuh batu nautika barat daya pulau itu pada pukul 4.25 petang.
- Peralatan menangkap ikan itu dipercayai dipasang tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan disyaki melanggar Akta Perikanan 1985.
- Semua hasil rampasan dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat.
Pengarah Maritim Negeri Perak Zainudin Mohd Zuki berkata rampasan pertama membabitkan 40 unit bubu naga yang ditemukan kira-kira 6.2 batu nautika barat daya Pulau Sangga Kecil pada pukul 4.05 petang.
Manakala operasi kedua pada pukul 4.25 petang menemukan 33 unit lagi bubu naga kira-kira tujuh batu nautika barat daya pulau berkenaan.
“Kesemua peralatan menangkap ikan itu dipercayai dipasang tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan, selain disyaki melanggar peruntukan Akta Perikanan 1985.
“Kesemua hasil rampasan dibawa ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut,” jelasnya.