25 maut dalam serangan udara Saudi di Yaman

Jentera pengorek membersihkan runtuhan bangunan milik Perbadanan Telekomunikasi Awam Yaman yang musnah akibat serangan udara Arab Saudi di Hodeida/Foto AFP

LAHJ, YAMAN, 24 November – Sekurang-kurangnya 25 orang dilaporkan maut atau hilang selepas serangan udara Arab Saudi menyasarkan bas dan lori di barat daya Yaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam lagi cedera dalam serangan di Wadi Mabaq, Wilayah Lahj.
  • Operasi menyelamat sukar dijalankan kerana pesawat tentera Arab Saudi masih berlegar di kawasan itu.
  • Serangan udara di Hodeida mengorbankan 17 orang dan memusnahkan beberapa bangunan.

Manakala, enam lagi cedera dalam serangan di Wadi Mabaq, Wilayah Lahj, semalam.

Agensi berita Saba melaporkan, operasi menyelamat mangsa berdepan kesukaran berikutan kehadiran pesawat tentera Arab Saudi yang masih berlegar di kawasan berkenaan.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree sebelum ini mengesahkan serangan itu dan memberi amaran tindakan berkenaan tidak akan dibiarkan tanpa balasan.

Dalam perkembangan berasingan, serangan udara di wilayah Hodeida turut mengorbankan 17 orang dan memusnahkan beberapa bangunan.

Yaman terus bergolak akibat perang saudara yang berlarutan lebih sedekad antara kumpulan Houthi dan Yaman.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan pertempuran sejak Julai lalu mengorbankan lebih 1,600 orang dan menyebabkan lebih 300,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.